Sunday, January 31, 2016

SESI TEMUDUGA DAN UJIAN FIZIKAL ANGGOTA SUKARELAWAN TUGAS PEJABAT,ASTP DAN KAWALAN PEJABAT SERTA SEKRETERIAT PENGURUSAN BENCANA DAERAH ASAJAYA UNTUK MUSIM 2016-2017

               Jumaat, 08 Januari 2016, Unit Pengurusan Angkatan PDPA Asajaya telah mengadakan sesi temuduga dan ujian fizikal kepada anggota-anggota terpilih daripada JPAM Asajaya untuk menghadapi cabaran pada tahun 2016-2017.
                Sesi tersebut telah dikendalikan sendiri oleh PPAD Asajaya, LTM(PA) Jostan Ringin dibantu oleh pegawai Unit Pengurusan dan Pentadbiran PDPA Asajaya,Puan Halimah Udai.Jumlah Anggota Sukarela Pertahanan Awam,ASPA yang terpilih untuk melalui sesi tersebut ialah seramai 12 orang.Mereka terpilih berdasarkan penilaian dan prestasi semasa penugasan dan kerjasama sepajang perkhidmatan mereka di jabatan.

                Penilaian prestasi semasa dan jangka masa panjang sentiasa dipantau oleh Unit Pengurusan Angkatan PDPA kepada ASTP sedia ada dan kepada ASPA lain.Unit Pengurusan Latihan dan Unit Operasi dan Bencana turut sama membantu dalam membuat penilaian sebelum proses pemilihan anggota dilakukan.

                  Proses penilaian anggota dilakukan secara berperingkat-peringkat.Hal ini bagi membolehkan hanya anggota yang benar-benar mampu bekerjasama dan sentiasa memberi komitmen serta aktif dan kreatif dalam penugasan yang akan diberikan semasa bertugas di dalam pejabat mahupun diluar pejabat.
Antara aspek penilaian anggota ialah: 
            1-Aktif dalam setiap aktiviti,latihan dan operasi.
            2-Kesihatan anggota badan.
            3-Kecergasan fizikal.
            4-Kemampuan melaksanakan tugasan semasa latihan dan operasi.
            5-Sentiasa kreatif dan proaktif dalam anggota pasukan.

                  Setelah proses penilaian selesai,anggota-anggota yang terpilih akan mengikuti sesi ujian fizikal serta saringan kesihatan yang diadakan di perkarangan PDPA Asajaya.Antara ujian fizikal yang diadakan:
          1-Pemeriksaan kesihatan;tekanan darah dan kadar denyutan nadi.
          2-Larian kecergasan;2.4km / 300m dalam 8 pusingan(catatan masa yang paling pendek)
          3-Tekan tubi berkumpulan; 1 minit(catatan tekan tubi yang paling banyak dalam seminit)
          4-Bangkit tubi berkumpulan;1 minit(catatan bangkit tubi yang paling banyak dalam seminit)
          5-Bertahan dalam posisi mendagu;10 saat dan ke atas(catatan masa yang paling panjang)
          6-Lompatan statik; catatan lompatan yang paling jauh dalam meter.


                   Setiap ujian yang diadakan bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan bertahan dan daya tahan kesihatan setiap anggota.Selain itu, anggota-anggota yang hadir turut diuji secara berkumpulan bagi membiasakan mereka bekerja dalam 1 pasukan utama agar dapat membentuk pasukan seterusnya apabila berhadapan dengan anggota-anggota lain di lapangan.


                Setelah selesai ujian fizikal, anggota-anggota yang terpilih akan melalui sesi temuduga dalaman yang dikendalikan sendiri oleh PPAD Asajaya.Sesi temuduga tersebut diadakan untuk mengenalpasti anggota-anggota yang boleh berkomunikasi dengan baik.Selain itu, anggota-anggota yang melalui sesi temuduga ini juga akan didedahkan kepada penugasan asas mereka sekiranya terpilih untuk bertugas di pejabat dan di lapangan.

                 Kesemua anggota-anggota sukarela atau ASPA yang terpilih telah selesai melalui kedua dua sesi tersebut dan segala keputusan akan dibuat oleh Unit Pengurusan Angkatan PDPA Asajaya untuk dihantar kepada Cawangan Pengurusan Angkatan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Negeri Sarawak untuk proses seterusnya.

                 Proses penilaian dan pemilihan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan anggota yang telah terpilih berada dalam prestasi terbaik untuk berkhidmat dan anggota-anggota lain terus meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk sesi pemilihan seterusnya.

#AsajayaCivildefence

No comments:

Post a Comment