Thursday, January 21, 2016

OPERASI BANJIR JPAM ASAJAYA & JPAM SERIAN 2016

.......Setelah semua pusat pemindahan banjir di Daerah Asajaya tutup sepenuhnya,hujan lebat turun semula pada sebelah petang 1 Januari 2016, sebuah kampung di Bahagian Serian telah dinaiki air.Kampung tersebut ialah Kampung Rimba Padi,Serian.
PKOD Asajaya telah mendapat maklumat situasi banjir di kampung tersebut daripada salah seorang ASPA JPAM Serian yang merupakan penduduk kampung terbabit.Sebuah pusat pemindahan iaitu Surau Hadhari telah dibuka dan penduduk terjejas telah berpindah sendiri dengan bantuan daripada JKK kampung.Mereka berpindah ke surau tersebut pada jam 8 malam.Segala maklumat awal mangsa dapat dikemaskini dengan segera setelah dibantu oleh anggota JPAM Serian di kampung berkenaan.
Jumlah mangsa yang berpindah pada mulanya sejumlah 25 orang dan meningkat kepada 56 orang, 17 buah keluarga.
       Pada keesokkan harinya,jam 7.45 pagi,pasukan operasi yang di ketuai oleh LTM(PA) Jostan Ringin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah,PPAD Asajaya bersama-sama 2 orang petugas operasi telah bergerak ke kampung berkenaan untuk menghantar bantuan makanan kepada petugas dan membantu pihak JKM Samarahan dan Serian mengagihkan bantuan dan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.Selain itu, mereka juga membantu menyelaraskan penugasan dan penyampaian maklumat daripada pusat pemindahan kepada PKOD Asajaya.
         Pasukan tersebut juga dibantu oleh 2 orang anggota JPAM Serian yang telah diarahkan bertugas di pusat pemindahan berkenaan sebelum pengiliran tugas seterusnya.Keadaan cuaca di kampung Rimba Padi cerah tetapi keadaan banjir di kawasan berkenaan belum surut akibat masalah pemparitan yang tidak sempurna.Paras banjir masih di tahap berbahaya dan rumah mangsa masih belum dapat didiami.Berikutan itu, pihak pejabat Daerah Serian dan Pihak Majlis Daerah Serian segera dihubungi untuk mengambil tindakan sewajarnya.
         Kerjasama yang diberikan oleh pihak JKK Kampung Rimba Padi amat membantu semua agensi di pusat pemindahan Surau Hadhari terutamanya JPAM,JKM dan ATM.Segala urusan pendaftaran mangsa berjalan lancar dan setiap maklumat yang disalurkan melengkapi prosedur pengurusan bencana yang telah disediakan oleh JPAM dan JKM.
         Pada 2 dan 3 Januari 2016, keadaan cuaca yang sama di kampung Rimba Padi.Sepanjang siang harinya cuaca cerah dan panas tetapi di sebelah malamnya hujan renyai dan kadangkala lebat.Perkara ini menyebabkan keadaan air di kawasan rumah yang terjejas belum surut sepenuhnya.

         4 Januari 2016, jam 2 petang,YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim bersama-sama YB Puan Rubiah Binti Haji Wang dan Pengarah JPAM Sarawak, Kol.(PA)Mohtar Bin Samat bersama-sama ketua jabatan yang lain dat
ang melawat ke pusat pemindahan Surau Darul Hadhari, kampung Rimba Padi.Pada lawatan tersebut yb Dato Seri telah menyampaikan beberapa sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan tersebut.Yb Dato Seri dan rombongan turut diperjelaskan keadaan banjir di kampung berkenaan oleh PPAD Asajaya merangkap Sekreteriat JPBD Asajaya dan Serian.Mereka juga diberi taklimat berkenaan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Serian dan pihak APBN.
             Setelah keputusan perbincangan bersama JPAM Asajaya,pihak pejabat daerah Serian dan JKM Serian,pegawai daerah Serian,Sinde Muling telah mengarahkan agar pusat pemindahan tersebut ditutup sepenuhnya pada 5 Januari 2016 atas sebab keadaan air mulai surut dan rumah kediaman mangsa sudah boleh dimasuki serta keadaan cuaca yang cerah.

#AsajayaCivildefence

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    Find the nearest Harrah's Cherokee Casino to you and other Cherokee 부산광역 출장샵 people. 구리 출장샵 North Carolina Harrah's Cherokee Casino is owned 경상남도 출장샵 and operated by the 대구광역 출장샵 Eastern Band of 평택 출장샵

    ReplyDelete