Sunday, January 31, 2016

LATIHAN ORANG AWAM;GIATMARA BATANG SADONG,SEMERA

              Khamis, 14 Januari 2016, Unit Pengurusan Latihan PDPA Asajaya telah mengadakan latihan orang awam kepada pelatih-pelatih Giatmara Batang Sadong, di kampung Semera, Asajaya.


                  Latihan tersebut diadakan sempena minggu orentasi pelatih-pelatih baru giatmara terbabit untuk pengambilan tahun 2016.Antara latihan yang dijalankan ialah;

1-Pengenalan ringkas kepada JPAM.
2-Teori CPR.
3-Teori Pertolongan Cemas dan Perawatan Awal.
4-Praktikal Pertolongan Cemas dan Perawatan Awal.


                      Sepanjang sesi latihan pelbagai ilmu baharu dan pengalaman bersama pelatih di Giatmara Batang Sadong telah dikongsikan bersama.Latihan padah hari tersebut melibatkan;

-2 orang jurulatih daripada PDPA Asajaya.
-9 orang kakitangan Giatmara Batang Sadong.
-27 orang pelatih lelaki &
-18 orang pelatih perempuan.

Sesi latihan telah berlansung daripada jam 0900 pagi sehingga jam 1230 tengahri.

#AsajayaCivildefence

LATIHAN ORANG AWAM;GIATMARA SERIAN

              Isnin, 11 Januari 2016, atas jemputan pihak Giatmara Serian, Unit Pengurusan Latihan PDPA Asajaya telah menghantar 1 pasukan tenaga pengajar terdiri daripada seorang pegawai Unit Pengurusan Latihan dan seorang jurulatih anggota sukarela daripada PDPA Asajaya dibantu oleh anggota-anggota JPAM Serian untuk mengadakan sesi latihan orang awam kepada pelatih-pelatih Giatmara Serian sempena minggu orentasi pelatih-pelatih di giatmara tersebut.


                  Antara latihan yang diadakan ialah;
1-Pengenalan ringkas kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM
2-Teori dan demo untuk protokol CPR.
3-Teori Pertolongan Cemas dan Perawatan Awal kecemasan.
4-Teori dan demo untuk rawatan Tercekik(Chocking).
5-Demo dan praktikal untuk protokol CPR oleh pelatih giatmara.
6-Demo dan praktikal pertolongan cemas dan perawatan awal oleh pelatih giatmara.
7-Demo dan praktikal rawatan tercekik oleh pelatih giatmara.



                      Latihan orang awam bersama-sama pelatih Giatmara Serian berlansung daripada jam 0930 pagi sehingga jam 1630 petang.Sesi latihan pada hari tersebut ditutup dengan sesi bergambar dengan semua pelatih dan tenaga pengajar Giatmara Serian.



#AsajayaCivildefence


SESI TEMUDUGA DAN UJIAN FIZIKAL ANGGOTA SUKARELAWAN TUGAS PEJABAT,ASTP DAN KAWALAN PEJABAT SERTA SEKRETERIAT PENGURUSAN BENCANA DAERAH ASAJAYA UNTUK MUSIM 2016-2017

               Jumaat, 08 Januari 2016, Unit Pengurusan Angkatan PDPA Asajaya telah mengadakan sesi temuduga dan ujian fizikal kepada anggota-anggota terpilih daripada JPAM Asajaya untuk menghadapi cabaran pada tahun 2016-2017.
                Sesi tersebut telah dikendalikan sendiri oleh PPAD Asajaya, LTM(PA) Jostan Ringin dibantu oleh pegawai Unit Pengurusan dan Pentadbiran PDPA Asajaya,Puan Halimah Udai.Jumlah Anggota Sukarela Pertahanan Awam,ASPA yang terpilih untuk melalui sesi tersebut ialah seramai 12 orang.Mereka terpilih berdasarkan penilaian dan prestasi semasa penugasan dan kerjasama sepajang perkhidmatan mereka di jabatan.

                Penilaian prestasi semasa dan jangka masa panjang sentiasa dipantau oleh Unit Pengurusan Angkatan PDPA kepada ASTP sedia ada dan kepada ASPA lain.Unit Pengurusan Latihan dan Unit Operasi dan Bencana turut sama membantu dalam membuat penilaian sebelum proses pemilihan anggota dilakukan.

                  Proses penilaian anggota dilakukan secara berperingkat-peringkat.Hal ini bagi membolehkan hanya anggota yang benar-benar mampu bekerjasama dan sentiasa memberi komitmen serta aktif dan kreatif dalam penugasan yang akan diberikan semasa bertugas di dalam pejabat mahupun diluar pejabat.
Antara aspek penilaian anggota ialah: 
            1-Aktif dalam setiap aktiviti,latihan dan operasi.
            2-Kesihatan anggota badan.
            3-Kecergasan fizikal.
            4-Kemampuan melaksanakan tugasan semasa latihan dan operasi.
            5-Sentiasa kreatif dan proaktif dalam anggota pasukan.

                  Setelah proses penilaian selesai,anggota-anggota yang terpilih akan mengikuti sesi ujian fizikal serta saringan kesihatan yang diadakan di perkarangan PDPA Asajaya.Antara ujian fizikal yang diadakan:
          1-Pemeriksaan kesihatan;tekanan darah dan kadar denyutan nadi.
          2-Larian kecergasan;2.4km / 300m dalam 8 pusingan(catatan masa yang paling pendek)
          3-Tekan tubi berkumpulan; 1 minit(catatan tekan tubi yang paling banyak dalam seminit)
          4-Bangkit tubi berkumpulan;1 minit(catatan bangkit tubi yang paling banyak dalam seminit)
          5-Bertahan dalam posisi mendagu;10 saat dan ke atas(catatan masa yang paling panjang)
          6-Lompatan statik; catatan lompatan yang paling jauh dalam meter.


                   Setiap ujian yang diadakan bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan bertahan dan daya tahan kesihatan setiap anggota.Selain itu, anggota-anggota yang hadir turut diuji secara berkumpulan bagi membiasakan mereka bekerja dalam 1 pasukan utama agar dapat membentuk pasukan seterusnya apabila berhadapan dengan anggota-anggota lain di lapangan.


                Setelah selesai ujian fizikal, anggota-anggota yang terpilih akan melalui sesi temuduga dalaman yang dikendalikan sendiri oleh PPAD Asajaya.Sesi temuduga tersebut diadakan untuk mengenalpasti anggota-anggota yang boleh berkomunikasi dengan baik.Selain itu, anggota-anggota yang melalui sesi temuduga ini juga akan didedahkan kepada penugasan asas mereka sekiranya terpilih untuk bertugas di pejabat dan di lapangan.

                 Kesemua anggota-anggota sukarela atau ASPA yang terpilih telah selesai melalui kedua dua sesi tersebut dan segala keputusan akan dibuat oleh Unit Pengurusan Angkatan PDPA Asajaya untuk dihantar kepada Cawangan Pengurusan Angkatan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Negeri Sarawak untuk proses seterusnya.

                 Proses penilaian dan pemilihan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan anggota yang telah terpilih berada dalam prestasi terbaik untuk berkhidmat dan anggota-anggota lain terus meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk sesi pemilihan seterusnya.

#AsajayaCivildefence

Thursday, January 21, 2016

LAWATAN YB DSSK KE SIMUNJAN

         Isnin, 4 Januari 2016..Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim melakukan lawatan beliau ke Daerah Simunjan.Antara lokasi yang beliau singgah di Simunjan ialah:
 
        1-Surau Kampung Tebuan,Simunjan
        2-Tebingan Sungai Kampung Kelka(kawasan tanah runtuh)
        3-Masjid Simunjan
        4-Pasar tamu Simunjan
        5-Rest-house Simunjan

Antara Agensi yang terlibat dalam lawatan tersebut ialah JPAM,PDRM,RELA,Pejabat Daerah Simunjan dan JKK kampung yang terlibat.






#AsajayaCivildefence

OPERASI BANJIR JPAM ASAJAYA & JPAM SERIAN 2016

.......Setelah semua pusat pemindahan banjir di Daerah Asajaya tutup sepenuhnya,hujan lebat turun semula pada sebelah petang 1 Januari 2016, sebuah kampung di Bahagian Serian telah dinaiki air.Kampung tersebut ialah Kampung Rimba Padi,Serian.
PKOD Asajaya telah mendapat maklumat situasi banjir di kampung tersebut daripada salah seorang ASPA JPAM Serian yang merupakan penduduk kampung terbabit.Sebuah pusat pemindahan iaitu Surau Hadhari telah dibuka dan penduduk terjejas telah berpindah sendiri dengan bantuan daripada JKK kampung.Mereka berpindah ke surau tersebut pada jam 8 malam.Segala maklumat awal mangsa dapat dikemaskini dengan segera setelah dibantu oleh anggota JPAM Serian di kampung berkenaan.
Jumlah mangsa yang berpindah pada mulanya sejumlah 25 orang dan meningkat kepada 56 orang, 17 buah keluarga.
       Pada keesokkan harinya,jam 7.45 pagi,pasukan operasi yang di ketuai oleh LTM(PA) Jostan Ringin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah,PPAD Asajaya bersama-sama 2 orang petugas operasi telah bergerak ke kampung berkenaan untuk menghantar bantuan makanan kepada petugas dan membantu pihak JKM Samarahan dan Serian mengagihkan bantuan dan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.Selain itu, mereka juga membantu menyelaraskan penugasan dan penyampaian maklumat daripada pusat pemindahan kepada PKOD Asajaya.
         Pasukan tersebut juga dibantu oleh 2 orang anggota JPAM Serian yang telah diarahkan bertugas di pusat pemindahan berkenaan sebelum pengiliran tugas seterusnya.Keadaan cuaca di kampung Rimba Padi cerah tetapi keadaan banjir di kawasan berkenaan belum surut akibat masalah pemparitan yang tidak sempurna.Paras banjir masih di tahap berbahaya dan rumah mangsa masih belum dapat didiami.Berikutan itu, pihak pejabat Daerah Serian dan Pihak Majlis Daerah Serian segera dihubungi untuk mengambil tindakan sewajarnya.
         Kerjasama yang diberikan oleh pihak JKK Kampung Rimba Padi amat membantu semua agensi di pusat pemindahan Surau Hadhari terutamanya JPAM,JKM dan ATM.Segala urusan pendaftaran mangsa berjalan lancar dan setiap maklumat yang disalurkan melengkapi prosedur pengurusan bencana yang telah disediakan oleh JPAM dan JKM.
         Pada 2 dan 3 Januari 2016, keadaan cuaca yang sama di kampung Rimba Padi.Sepanjang siang harinya cuaca cerah dan panas tetapi di sebelah malamnya hujan renyai dan kadangkala lebat.Perkara ini menyebabkan keadaan air di kawasan rumah yang terjejas belum surut sepenuhnya.

         4 Januari 2016, jam 2 petang,YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim bersama-sama YB Puan Rubiah Binti Haji Wang dan Pengarah JPAM Sarawak, Kol.(PA)Mohtar Bin Samat bersama-sama ketua jabatan yang lain dat
ang melawat ke pusat pemindahan Surau Darul Hadhari, kampung Rimba Padi.Pada lawatan tersebut yb Dato Seri telah menyampaikan beberapa sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan tersebut.Yb Dato Seri dan rombongan turut diperjelaskan keadaan banjir di kampung berkenaan oleh PPAD Asajaya merangkap Sekreteriat JPBD Asajaya dan Serian.Mereka juga diberi taklimat berkenaan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Serian dan pihak APBN.
             Setelah keputusan perbincangan bersama JPAM Asajaya,pihak pejabat daerah Serian dan JKM Serian,pegawai daerah Serian,Sinde Muling telah mengarahkan agar pusat pemindahan tersebut ditutup sepenuhnya pada 5 Januari 2016 atas sebab keadaan air mulai surut dan rumah kediaman mangsa sudah boleh dimasuki serta keadaan cuaca yang cerah.

#AsajayaCivildefence

OPERASI BANJIR JPAM ASAJAYA 2015-2016

JPAM Asajaya telah terlibat dengan operasi banjir pada akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016 yang lalu.
Bencana banjir yang hampir setiap tahun melanda daerah Asajaya khususnya telah menjadikan setiap mekanisma bencana JPAM Asajaya terutamanya di Pusat Kawalan Operasi Daerah,PKOD dan setiap anggota sukarela Pertahanan Awam,ASPA Asajaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dengan ilmu dan kemahiran masing-masing.Selain itu, kerjasama erat dengan setiap agensi pengurusan bencana di daerah Asajaya terutamanya Pejabat Daerah Asajaya dan masyarakat setempat melancarkan lagi proses pengurusan bencana di daerah ini.

                     
31 Disember 2015
hari Khamis,
hujan lebat melanda kebanyakkan kawasan di Sarawak.
Daerah Asajaya turut mengalami kesan akibat hujan lebat pada hari tersebut.Beberapa buah kampung telah dinaiki air namun tiada pemindahan berlaku. Walaubagaimanapun, pada jam 1030 pagi, sebuah pusat pemindahan telah mula dibuka iaitu di Dewan Komuniti Kampung Jaie akibat kenaikan air sungai kesan daripada hujan lebat berterusan pada awal pagi tersebut.Kawasan rumah penduduk kampung di kawasan lot Kampung Jaie telah dimasuki air kemudian diikuti oleh kawasan kampung Ulu Jaie.Seramai 14 buah keluarga dengan 62 orang mangsa banjir telah diarahkan berpindah ke dewan kampung tersebut.4 orang Anggota JPAM Asajaya telah ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan secara bergilir untuk menyelaraskan dan menyalurkan maklumat ke PKOD Asajaya sebelum dihantar ke PKON Sarawak dan Bilik Gerakan Bencana Daerah.

          Keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan keadaan air bertakung dibeberapa buah kampung.Lebih kurang jam 3 petang pada hari yang sama,pihak JPAM Asajaya telah mendapat maklumat daripada PKOD dan Bilik Gerakan Bencana daerah Asajaya bahawa beberapa buah rumah di kawasan Kampung Tambirat telah dinaiki air dan memerlukan pemindahan segera.Pasukan peninjau JPAM Asajaya telah bergegas ke kampung Tambirat untuk melakukan proses pemindahan dan penyelarasan maklumat di pusat pemindahan.Pada awalnya kesemua mangsa telah ditempatkan secara sementara di Masjid lot Kampung Tambirat.Sementara kerja-kerja pemindahan dijalankan, 2 orang anggota JPAM Asajaya yang juga sebahagian daripada penduduk kampung tersebut membantu mndaftarkan mangsa dan mengemaskinikan maklumat pada banner pusat pemindahan.Sejumlah 25 keluarga dengan 131 orang mangsa berada di pusat pemindahan tersebut.

             Cuaca di daerah Asajaya mula cerah sedikit sekitar jam 4 petang, namun hujan masih turun renyai-renyai dan keadaan air sungai masih pasang.Arahan lanjutan pembukaan semua PKOD daripada waktu pejabat kepada 12 jam dan kemudiannya 24 jam telah diaktifkan oleh Cawangan Bencana Operasi JPAM Sarawak secara serta-merta.Unit Bencana Operasi JPAM Asajaya telah memanggil anggota-anggota JPAM Asajaya yang lain untuk bertugas secara bergilir-gilir dan bersiap sedia di PKOD Asajaya untuk tugasan di sebelah malam dan awal pagi serta sepanjang hari esok dan seterusnya.

               Keadaan cuaca di sebelah malam di daerah Asajaya masih hujan renyai berterusan dan beberapa kawasan rendah di kampung Rangawan dan Sadong Jaya telah ditakungi air walaupun pada awalnya kawasan tersebut tidak dinaiki air setelah proses mendalamkan sungai di kawasan terbabit dilakukan.Jam 8 malam, anggota JPAM Asajaya di kawasan kampung Rangawan memaklumkan beberapa buah rumah di kampung berkenaan telah dinaiki air melebihi paras paha dan dalam keadaan bahaya.Kemudian dengan maklumat tersebut disamping laporan penduduk kampung kepada pihak polis dan pejabat daerah kecil Sadong Jaya,amaran merah telah dikeluarkan oleh bilik gerakan bencana daerah Asajaya di kawasan berkenaan.Arahan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan telah dikeluarkan dan mangsa telah dipindahkan dengan bantuan pihak RELA yang memantau di kawasan tersebut.Kesemua mangsa telah ditempatkan di sebuah kelas di SK Haji Bujang Rangawan Putin,Sadong Jaya.Maklumat-maklumat mangsa telah dikemaskinikan oleh pihak JPAM Asajaya bersama-sama JKM Samarahan yang turut hadir menghantar bantuan makanan di sekolah tersebut.Seramai 3 buah keluarga dengan 8 orang mangsa keseluruhanya telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.

           Jumaat 1 Januari 2016, jam 0845 pagi, kesemua mangsa
di Masjid Lot kampung Tambirat, telah dipindahkan ke dewan Sk Tambirat.Keadaan cuaca pada sebelah pagi tersebut cerah dan keadaan kawasan rumah yang terjejas banjir semakin surut.Pada jam 12 tengahari pusat pemindahan Dewan Sk Tambirat telah ditutup dan pengumuman penutupan pusat pemindahan tersebut dibuat oleh SAO Sanuyah, mewakili pegawai daerah Asajaya bersama-sama kesemua petugas pusat pemindahan.Kemudian, pada jam 3 petang, pusat pemindahan di dewan Komuniti Kampung Jaie turut ditutup dan penutupan dilakukan oleh Puan Zaiton mewakili Pegawai Daerah Kecil Sadong Jaya.Pusat pemindahan Sk Haji Bujang Rangawan Putin turut ditutup pada jam 3.30 petang setelah mengambil kira laporan pemantauan lokasi banjir oleh Komander Operasi,Pihak Polis Samarahan dan Asajaya serta laporan daripada agensi lain.Kesemua pusat pemindahan di Daerah Asajaya telah ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang dan semua anggota JPAM Asajaya telah dikerahkan untuk kembali ke PKOD Asajaya untuk taklimat persediaan selanjutnya sebelum bersurai.Walaubagaimanapun,pengoperasian PKOD Asajaya belum ditamatkan dan cuma akan ditutup sekiranya keadaan cuaca pulih sepenuhnya dalam masa 2 hingga 3 jam selepas pusat pemindahan terakhir ditutup atau tiada pembukaan pusat pemindahan baharu dalam tempoh tersebut.


#asajayacivildefence2016