Thursday, January 21, 2016

OPERASI BANJIR JPAM ASAJAYA 2015-2016

JPAM Asajaya telah terlibat dengan operasi banjir pada akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016 yang lalu.
Bencana banjir yang hampir setiap tahun melanda daerah Asajaya khususnya telah menjadikan setiap mekanisma bencana JPAM Asajaya terutamanya di Pusat Kawalan Operasi Daerah,PKOD dan setiap anggota sukarela Pertahanan Awam,ASPA Asajaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dengan ilmu dan kemahiran masing-masing.Selain itu, kerjasama erat dengan setiap agensi pengurusan bencana di daerah Asajaya terutamanya Pejabat Daerah Asajaya dan masyarakat setempat melancarkan lagi proses pengurusan bencana di daerah ini.

                     
31 Disember 2015
hari Khamis,
hujan lebat melanda kebanyakkan kawasan di Sarawak.
Daerah Asajaya turut mengalami kesan akibat hujan lebat pada hari tersebut.Beberapa buah kampung telah dinaiki air namun tiada pemindahan berlaku. Walaubagaimanapun, pada jam 1030 pagi, sebuah pusat pemindahan telah mula dibuka iaitu di Dewan Komuniti Kampung Jaie akibat kenaikan air sungai kesan daripada hujan lebat berterusan pada awal pagi tersebut.Kawasan rumah penduduk kampung di kawasan lot Kampung Jaie telah dimasuki air kemudian diikuti oleh kawasan kampung Ulu Jaie.Seramai 14 buah keluarga dengan 62 orang mangsa banjir telah diarahkan berpindah ke dewan kampung tersebut.4 orang Anggota JPAM Asajaya telah ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan secara bergilir untuk menyelaraskan dan menyalurkan maklumat ke PKOD Asajaya sebelum dihantar ke PKON Sarawak dan Bilik Gerakan Bencana Daerah.

          Keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan keadaan air bertakung dibeberapa buah kampung.Lebih kurang jam 3 petang pada hari yang sama,pihak JPAM Asajaya telah mendapat maklumat daripada PKOD dan Bilik Gerakan Bencana daerah Asajaya bahawa beberapa buah rumah di kawasan Kampung Tambirat telah dinaiki air dan memerlukan pemindahan segera.Pasukan peninjau JPAM Asajaya telah bergegas ke kampung Tambirat untuk melakukan proses pemindahan dan penyelarasan maklumat di pusat pemindahan.Pada awalnya kesemua mangsa telah ditempatkan secara sementara di Masjid lot Kampung Tambirat.Sementara kerja-kerja pemindahan dijalankan, 2 orang anggota JPAM Asajaya yang juga sebahagian daripada penduduk kampung tersebut membantu mndaftarkan mangsa dan mengemaskinikan maklumat pada banner pusat pemindahan.Sejumlah 25 keluarga dengan 131 orang mangsa berada di pusat pemindahan tersebut.

             Cuaca di daerah Asajaya mula cerah sedikit sekitar jam 4 petang, namun hujan masih turun renyai-renyai dan keadaan air sungai masih pasang.Arahan lanjutan pembukaan semua PKOD daripada waktu pejabat kepada 12 jam dan kemudiannya 24 jam telah diaktifkan oleh Cawangan Bencana Operasi JPAM Sarawak secara serta-merta.Unit Bencana Operasi JPAM Asajaya telah memanggil anggota-anggota JPAM Asajaya yang lain untuk bertugas secara bergilir-gilir dan bersiap sedia di PKOD Asajaya untuk tugasan di sebelah malam dan awal pagi serta sepanjang hari esok dan seterusnya.

               Keadaan cuaca di sebelah malam di daerah Asajaya masih hujan renyai berterusan dan beberapa kawasan rendah di kampung Rangawan dan Sadong Jaya telah ditakungi air walaupun pada awalnya kawasan tersebut tidak dinaiki air setelah proses mendalamkan sungai di kawasan terbabit dilakukan.Jam 8 malam, anggota JPAM Asajaya di kawasan kampung Rangawan memaklumkan beberapa buah rumah di kampung berkenaan telah dinaiki air melebihi paras paha dan dalam keadaan bahaya.Kemudian dengan maklumat tersebut disamping laporan penduduk kampung kepada pihak polis dan pejabat daerah kecil Sadong Jaya,amaran merah telah dikeluarkan oleh bilik gerakan bencana daerah Asajaya di kawasan berkenaan.Arahan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan telah dikeluarkan dan mangsa telah dipindahkan dengan bantuan pihak RELA yang memantau di kawasan tersebut.Kesemua mangsa telah ditempatkan di sebuah kelas di SK Haji Bujang Rangawan Putin,Sadong Jaya.Maklumat-maklumat mangsa telah dikemaskinikan oleh pihak JPAM Asajaya bersama-sama JKM Samarahan yang turut hadir menghantar bantuan makanan di sekolah tersebut.Seramai 3 buah keluarga dengan 8 orang mangsa keseluruhanya telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.

           Jumaat 1 Januari 2016, jam 0845 pagi, kesemua mangsa
di Masjid Lot kampung Tambirat, telah dipindahkan ke dewan Sk Tambirat.Keadaan cuaca pada sebelah pagi tersebut cerah dan keadaan kawasan rumah yang terjejas banjir semakin surut.Pada jam 12 tengahari pusat pemindahan Dewan Sk Tambirat telah ditutup dan pengumuman penutupan pusat pemindahan tersebut dibuat oleh SAO Sanuyah, mewakili pegawai daerah Asajaya bersama-sama kesemua petugas pusat pemindahan.Kemudian, pada jam 3 petang, pusat pemindahan di dewan Komuniti Kampung Jaie turut ditutup dan penutupan dilakukan oleh Puan Zaiton mewakili Pegawai Daerah Kecil Sadong Jaya.Pusat pemindahan Sk Haji Bujang Rangawan Putin turut ditutup pada jam 3.30 petang setelah mengambil kira laporan pemantauan lokasi banjir oleh Komander Operasi,Pihak Polis Samarahan dan Asajaya serta laporan daripada agensi lain.Kesemua pusat pemindahan di Daerah Asajaya telah ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang dan semua anggota JPAM Asajaya telah dikerahkan untuk kembali ke PKOD Asajaya untuk taklimat persediaan selanjutnya sebelum bersurai.Walaubagaimanapun,pengoperasian PKOD Asajaya belum ditamatkan dan cuma akan ditutup sekiranya keadaan cuaca pulih sepenuhnya dalam masa 2 hingga 3 jam selepas pusat pemindahan terakhir ditutup atau tiada pembukaan pusat pemindahan baharu dalam tempoh tersebut.


#asajayacivildefence2016




No comments:

Post a Comment