Khamis, 20 Januari 2016, Jam 0830 pagi, PDPA Asajaya telah menghantar 1 pasukan peninjau untuk bergerak ke Serian dengan tujuan membuat pemantauan di lokasi bencana banjir di bahagian tersebut.Menurut laporan yang dibuat oleh Penolong Pegawai Daerah, En. John Ilus kepada Unit Bencana Operasi Asajaya, lokasi yang dibimbangi dan perlu pemantauan ialah di Kampung Riih Daso,Serian.Bertindak atas laporan laporan tersebut, pasukan peninjau JPAM terus bergerak ke lokasi.
Pasukan peninjau PDPA Asajaya terdiri daripada;
-1 x Pegawai Unit Bencana & Operasi
-1 x Astp Unit Bencana Operasi
-1 x Astp Unit Pro
Dan dibantu oleh JPAM Unit Serian;
-3 x Aspa Serian
Pasukan tersebut bergerek kelokasi dengan menggunakan 1x Ambulans untuk siap sedia sekiranya ada orang awam yang cedera.
Pasukan peninjau PDPA Asajaya terdiri daripada;
-1 x Pegawai Unit Bencana & Operasi
-1 x Astp Unit Bencana Operasi
-1 x Astp Unit Pro
Dan dibantu oleh JPAM Unit Serian;
-3 x Aspa Serian
Pasukan tersebut bergerek kelokasi dengan menggunakan 1x Ambulans untuk siap sedia sekiranya ada orang awam yang cedera.
Sepanjang pemantauan dijalankan,didapati bahawa tiada tanda-tanda air naik ke paras bahaya dan aliran air di sungai dan parit lancar seperti biasa.Namun begitu, keadaan sistem perparitan yang terlalu kecil dan sempit serta tiada penyelenggaran berkala menyebabkan air hujan yang turun mudah bertakung dan menyebabkan banjir kilat.
Walaubagaimanapun,menurut penduduk kampung tersebut,keadaan banjir hanya terjadi di kampung mereka apabila hujan turun dengan lebat dan pertembungan dengan air di sungai utama telah pasang dan penuh.Banjir kilat sememangnya kerap terjadi di kampung mereka apabila hujan turun dalam tempoh masa yang lama dan parit di kampung tersebut dipenuhi air kesan daripada sistem perparitan yang kurang sempurnya.Masalah tersebut telah dirujuk dengan pihak Jabatan Perairan dan Saliran serta menunggu tindakan lanjut daripada mereka.
Masalah sistem perparitan kurang sempurna dan penyelenggaraan yang kurang telah dikemukakan semula kepada pihak Jabatan Perairan dan Saliran dan mereka akan menghantar pasukan petugas mereka untuk membuat penilaian dan proses selanjutnya.
Setelah selesai pemantauan,pasukan peninjau PDPA Asajaya bergerak menuju ke Kampung Tebekang untuk membuat tinjauan di sungai utama yang mengalirkan air daripada kawasan bukit di bahagian Serian.Tinjauan mendapati bahawa, keadaan air sungai adalah terkawal dan berada di paras normal.Selepas selesai segala proses pemantauan,pasukan peninjau bergerak balik ke PDPA Asajaya.Semua proses tinjauan selesai sepenuhnya jam 1230 tengahari.
#AsajayaCivildefence
No comments:
Post a Comment