Sabtu, 30 Januari 2016,Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato' Sri Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau di Simunjan.
Lawatan tersebut diadakan bagi membuat tinjauan dan keputusan untuk penyelesaian masalah di sepanjang tebing sungai Simunjan yang menghadapi risiko tanah runtuh kesan daripada hakisan pasang surut air sungai.
Antara tetamu kehormat lain yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Yb Hajjah Nancy Haji Syukri dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri(Pembangunan Usahawan) Dan Menteri Muda Pembangunan Sumber,Yb Datuk Haji Mohd Naroden Bin Haji Majais.
No comments:
Post a Comment